TINGKATAN 1A 1975.

Sabtu, 8 September 2012

100 TAHUN SEK KEB TUNJANG




Salam,
Hampa masih ingat logo di atas? Ha... kalau yang masih dok kot lerah  area Kubang Pasu sahih dok tengok selalu kan. Pak Ya pun sebulan sekali mesti tengok punya dia punya bumbong....

Tempat ni la kita mola kenai huruf dan mula tau membaca sehingga kita jadi orang macam la ni. He..he.. la ni dah jadi oghang tua dah.... Sekolah ni la yang mengajar dan didik kita sampai kita boleh tahap yang dok ada. Ada yang dah jadi oghang besar2 dan sehingga jadi oghang biasa2 saja...

Dulu kita mana ada tadika, tabika, pasti, kemas, prasekolah dan serba mak nenek sekolah swasta sebelum masuk darjah satu... sekolah ni la yang ajar kita jadi oghang...

Pak Ya ada terbaca dalm sorat habaq beberap hari lepaih yang memaklumkan akan ada sambutan perayaan 100 tahun penubuhan sekolah ni pada 1 November 2012. Sebelum tu akan ada perjumpaan untuk nak bincang apa benda yang nak buat sempena majlis sambutan tu pada 22 September 2012

Sapa2 yang teringin nak joint pada kedua2 tarikh tu, hampa pakat turun pi. Pak Ya tak boleh joint pasai pada 21 - 14 September 2012 Pak Ya akan pi Karnival Komuniti River Ranger Peringkat Kebangsaan di Terengganu. Tapi Pak Ya pun dah dok set up beberapa idea dan akan bagi kat Cikgu Kassim Saad yang jadi salah sorang tenaga penggerak majlis tu nanti. Pak Ya tiap2 pagi dok jumpa dia di kedai kopi kat depan rumah Pak Ya!