TINGKATAN 1A 1975.

Rabu, 14 Ogos 2013

PERGI TAK KEMBALI

Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat lama kita Zaid b. Othman telah kembali ke rahmatullah pada pagi Rabu, 14.8.2013 setelah koma selama setahun.

Pada seminggu awal Ramadhan 2012 beliau koma setelah mengalami kemalangan jalanraya, pada awal Syawal 2013, Allah telah menjemput beliau kembali kepadaNya.

Pak Ya sempat menziarahi dan sembahyang jenazahnya bersama Mohd Jamili Che Nor dan Abd Latif Halim pada jam 11.00 pagi. Kami turut berbincang dan mengambil keputusan menderma RM100.00 baki majlis reunion pada 10.8.2013 lalu kepada keluarga Allahyarham.

Marilah kita bersama-sama membaca Al-Fatehah dan 11 kali Al-Ikhlas kepada arwah dan berdoa semoga roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.





Jenazah Zaid dimuat ke dalam van untuk dibawa ke tanah perkuburan di Kg. Padang Limau.





Selesai sembahyang jenazah, kami singgah di Tunjang untuk minum dan pekena roti canai. Di sini kami berjumpa dengan  2 orang kawan lama kita yang tinggal di Pulau Timbul, iaitu Zahari dan Shukri.
 
Zahari b. Halim. Akan mengadakan majlis perkahwinan anak angkatnya pada 31.8.2013 nanti.

Shukri b. Ahmad. Masih belum kahwin lagi..... belum bertemu calun katanya.         


 

Ahad, 11 Ogos 2013

REUNION KALI KE 2


Syukur Alhamdulillah, perjumpaan hari raya tahun 2013 telah berjaya diadakan pada 10.8.2013, di Dewan SMPN. Entah dimana silapnya reunion tahun ini agak hambar, walaupun sms pemberitahuan telah Pak Ya dan Jamili kirimkan. Bukan takat sekali bahkan 3 kali telah Pak Ya kirimkan. Dah tu baner pun kami dah gantung di SMPN, Tunjang, Batu 17, Padang Perahu, Padang Sera dan Kodiang !!!! Hampa pi mana hari tu ??

Mungkin tarikh atau tempat yang tak kena agaknya. Tapi Pak Ya dan Jamili telah memilih tarikh ini kerana senang kawan-kawan yang dok jauh dari Kedah adjust cuti, dan tempat pula memang dipilih bagi mengimbas kembali tempat kita semua belajar selama 5 tahun dahulu.

Kalau tahun 2012, seramai 39 orang yang hadir dengan membawa bersama ahli keluarga, tapi untuk tahun 2013 ini hanya 23 orang saja yang hadir. Itu pun hanya beberapa orang saja yang membawa ahli keluarga.

Tahun ini ada 10 orang kawan kita yang tidak hadir pada tahun lepas yang menyertainya. Mereka ialah Hanafi b. Abdullah, Mohd Badrun b. Ismail, Mohamad b. Abdullah, Noor Azni bt. Ahmad, Md. Akhir b. Talib, Abu Bakar b. Ibrahim, Rodzi b. Bahari, Jalaluddin b. Md. Yusof, Ahmad b. Ismail, Muzamil b. Ahmad dan Roslan b. Abd Razak.

Tahun ini sekali lagi Dato' Ahmad Zabidi sudi menaja makanan untuk kita. Beliau menghulurkan sumbangan RM1,000.00 dan RM150.00 untuk duit raya kepada anak cucu bekas pelajar yang hadir.

Untuk makluman, kos keseluruhan makanan pada hari itu ialah RM975.00, manakala RM50.00 kepada penjaga dewan yang tolong setup kerusi meja dan RM252.00 untuk pemasangan baner dan backdrop. Keseluruhannya sebanyak RM1277.00 telah dibelanjakan untuk majlis ini.

Baki yang terkumpul ialah RM620.00 dalam akaun bank, RM400.00 sumbangan pada hari diadakan majlis dan RM223.00 berada di tangan Jamili. Keseluruhan baki ialah RM1243.00 yang akan disimpan bagi kegunaan perjumpaan tahun hadapan dan mungkin juga sebagai sumbangan kematian dikalangan kita atau pun ibubapa kita.

Terima kasih kepada yang menghulurkan sumbangan.


Mohd Badrun Ismail. Masih handsome, kini berniaga di pasar malam. Seingat Pak Ya, lepas tamat sekolah dia dah mula berniaga di pasar malam. Tel - 019 555 4994.

Md. Akhir Talib, bekas tentera, la ni dok meniaga buah di Pekan PJ2, dekat market Jitra. Tel - 012 544 8874.

Abu Bakar Ibrahim sedang mengisi borang kehadiran. Bertugas sebagai guru di Felda Bukit Mendi, Pahang. Tel - 019 934 8975.

Mohamad b. Abdullah, dikenali dulu sebagai Lia Tok Ndot. Juga bekas tentera. Dah ada cucu, kalau dia tak tegur Pak Ya mampus tak kenai. Tel - 012 565 0069.

Rodzi Bahari. Bekas Navy. Dok di Kg. Ketul, Batu 17. Tel - 012 421 4463.

Jalaluddin Md. Yusoff. Dulu masa talentime tahun 1976 dia nyanyi lagu cinta kilat. Bekas tentera juga. Tel - 012 461 9410.

Noor Azni Ahmad. Ratu SMPN dulu. La ni dah jadi Mak Aji, bertugas di Agro Bank. Hampa nak buat loan pi jumpa dia. Tel - 013 435 5545.

Siti Mazlina Long.

Wan Jamilah Wan Baharom.

Zadurah Md. Zain

Pak Ya

Muhamad Jamili.



Masa untuk menjamu selera...

Menu yang disediakan, ditempah oleh Jamili, sayang banyak yang tak habis sebab tak ramai yang hadir, terpaksalah pakat tapau bawa balik sorang sikit .....











Tan Kok Beng, menantu Chin Hin Motor. Tel - 012 498 0113.



Ayob Yahaya. Tauke ayam. Tel - 012 478 9798.

Abd. Latif bersama Tan Kok Beng. Steady la Latif, walau hang baru operate jantung, hang mai jugak ....

Noor Azni bersama suami.

Anak menantu kawan-kawan kita.



Muzammil Ahmad. Guru di Sekolah Ahmad Tajuddin, Jitra. Pernah bertugas selama 5 tahun di Sabah. Tel - 013 451 2430.

Hanafi Abdullah. Bertugas di Penjara Alor Setar. Tel - 017 469 90118.

Ahmad Ismail. Bertugas di Sime Continential Tyres. Dah bercucu. Tel - 012 564 1534.



Roslan Abd Razak. Dulu kita panggil Lan Black. Bertugas di Perlis. Tel - 019 370 9625.



Ucapan dari Hanafi.

Mohd Badrun agak malu-malu untuk berucap.

Mohamad Abdullah, kira saya ni rebus pun tak hempuk la masa kita mengaji dulu...

Seronok saya jumpa kawan-kawan, tahun sudah masa ramai yang hadir saya kena bertugas, tapi tahun ni tak ramai pulak yang mai, tapi tak pa la yang ada ni pun dah okey apa....

Kalau hampa nak beli buah pi la tempat aku dok meniaga di Jitra...

Tahun sudah saya tak dapat joint sebab cuti tak panjang, tapi tak apa tahun depan saya cuba balik jugak, bukan senang kita nak jumpa semula macam ni ....

Aku besa jumpa Pak Ya, tapi dia tak kenai aku, saja aku tak mau tegur dia...

Tak sangka kata dapat jumpa kawan-kawan lama, senang-senang pi la rumah saya....

Tahun sudah nak joint, tapi Jamili tak pelawa pun walaupun anak dia mengaji kat tempat saya mengajar... he .. he ..

Awat hampa tak panggil aku tahun sudah? Tahun depan kita atur bagi orang mai ramai sikit...

Nak cakap banyak pun dah tak berapa boleh lagi sebab baru lepas operate jantung... Tel - 013 437 7440.

Jamili membahagikan duit raya sumbangan Dato' Ahmad Zabidi.

Mau ada anak-anak kita yang nak masuk poly, mai jumpa saya. Megat Hashirat. Tel - 019 575 4566.

Ishak Wahab, minta maaf no sebab mai lewat sikit . Tel - 013 420 2655.









Habis saja majlis, kira-kira pada jam 6.00 petang, Pak Ya dan beberapa orang lagi pergi ke rumah Dato' Ahmad Zabidi di Darulaman Heights 2, Bandar Darulaman. Di situ kami terjumpa pulak sorang lagi geng kita iaitu Kalsom. Pak Ya pun dah tak berapa ingat nama dia.

Kalsom.

Dato' Ahmad Zabidi.