TINGKATAN 1A 1975.

Jumaat, 24 Ogos 2012

MAJLIS REUNION 2012


Alhamdulillah syukur kehadrat Allah sbt kerana majlis perjumpaan kembali pelajar SMPN dari tingkatan 1 hingga 5 dari tahun 1975 - 1979 akhirnya berjaya di adakan.

Bertempat di Hotel Bustani, Jitra pada 22 Ogos 2012 lalu, seramai 41 orang bekas pelajar dari pelbagai aliran dan pelbagai kelas telah menghadirinya. Terima kasih kepada daya usaha dan inisiatif orang kuat program ini, En. Muhamad Jamili Che Nor yang berjaya menghubungi kawan-kawan kita yang dok ada di merata cerok tempat.

Dalam bulan posa dan dengan dok kalut dia berniaga di bazar ramadhan, dia dan lagi dok pi redah segala cerok kampong dan taman perumahan menjemput kawan-kawan kita. Semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal kepada Jamili.

Terima kasih juga pada Dato' Kapten Ahmad Zabidi Md. Zain yang sudi membiayai majlis ini. Semoga Allah melimpahkan lagi rezeki kepada perniagaan beliau dan keluarganya.

Terima kasih juga kepada kawan2 yang sudi menghulur wang ringgit secara tunai atau dimasukkan ke dalam akaun yang dibuka oleh Jamili. InsyaAllah duit itu akan disimpan untuk kegunaan dimasa akan datang. Sebahagian daripada duit tu telah digunakan seperti untuk sepanduk dan sesetengahnya telah didermakan kepada tabung khas kepada Zaid Othman yang sedang koma di Hospital Tunku Fauziah Kangar.

Oppp,... sebelum terlupa, jumlah sumbangan derma kilat yang telah berjaya dikumpul untuk Zaid pada ari tu ialah RM 570.00, Pak Ya dan Jamili telah sampaikan duit tu kepada isteri Zaid masa kami pi melawat beliau pada 24 Ogos lalu. Turut pi bersama kami ialah Hasnah Kasim dan suaminya.

Berbalik kepada reunion, jangkaan awal, dianggarkan hanya sekitar 70 orang sahaja yang akan hadir termasuk ahli keluarga, tapi Alhamdulillah akhirnya lebih daripada 100 orang yang hadir.

Pak Ya pun ari tu, mu kalu ikut hati, boleh meleleh air mata bila dapat jumpa dan tengok balik geng-geng lama ni, tapi dah jadi pengerusi majlis terpaksa jugak la kontrol, sat lagi banjir pula dewan kat hotel tu. Tu pun terlupa juga nak baca beberapa pantun yang Pak Ya dok karang lepaih balik sembahyang tarawih, dan baca doa pun masa pembukaan majlis tu, tersangkut2 pasai terlalu terharu dok tengok muka kawan2 lama.

Ada yang dah bercucu, ada yang dah beruban, ada yang botak, ada yang tak ada gigi, ada yang dah berkedut dan terus terang Pak Ya cakap, hampir separuh daripada yang hadir ari tu Pak Ya dah tak kenai dah kalu jumpa kot jalan, terutama orang pompuan.

Iya la, dulu semua kita pakat pakai seluar pendek, hak pompuan pulak semua tak pakai tudung lagi masa tu, mana nak ingat dan cam bila dah 33 taon tak jumpa...

InsyaAllah jika dipanjangkan umur, taon depan kita atur lain program ni dan pada yang tau no tel dan rumah kawan2 kita, habaq kat depa tentang program yang telah kita buat ni. Tapi yang nak mudah bagitau Pak Ya, boleh Pak Ya boh dalam blog ni.

Kat bawah ni Pak Ya boh gambar2 reunion hari tu, maaf la pada yang tak ada gambar sebab Pak Ya tak dan nak shoot sebab dok kalut jadi pengacara, bagi kamera kat anak dia pi shoot tang lain pulak, sampai gambar pokok bunga pun dia shoot, he .. he..

Tak apa,... la ni hak mana ada kat Pak Ya, Pak Ya boh dulu, nanti Pak Ya copy dari kamera geng kita yang lain atau pun hak yang bawa kamera ari tu hampa email gambar kat Pak Ya di rttamanutama@gmail.com.

Sekolah rendah Sekolah Kebangsaan Tunjang
Sekolah menengah di Pulau Nyior pula
AidilFitri ini memberi peluang
Untuk saling bertemu semula

Selindang delima dibahu kiri
Tersangkut ketika sedang berjalan
Alangkah gembira rasa dihati
Dapat bertemu rakan taulan

Kain bukan sebarang kain
Kain bernama sutera campa
Dulu lain sekarang lain
Masing-masing berubah rupa

Melihat bintang di malam hari
Begitu berseri bulan purnama
Dengan pertemuan di majlis ini
Dapat kembalikan nostalgia lama


Nordin Yahaya, artis SMPN dahulu. La ni dok kat Bandar Sri Damansara, mengajar kat Kepong, Selangor.
Zadurah Md. Zain, la dok reja kat Kementerian Pendidikan di PutraJaya. Mu kalu hampa yang dok reja cikgu dan nak bertukar, hampa tepon dia. Kira ari reunion tu dia yang paling glamour, macam artis..... jangan mare...
Tan Kok Beng, jaguh rejam lembing dan lempar cakra SMPN. Dah kawin dengan anak tokey Chin Hin Motor, la ni dia jadi tokey kedai peralatan rumah di Mergong, nama Living Glamour kot mau tak silap Pak Ya nama kedai dia.
Shahrudin Md. Noh. La ni dok kat Langkawi. Mu kalu nak pi Langkawi dia suruh kontek dia dulu. Sebelum dok Langkawi dia reja Polis.
Ahmad Mohd Ali. Dok kat Kg Guar, Jeram, reja sendiri kata dia.
Siti Mazlina Long. Ishh.. tobat Pak Ya tak kenai mu jumpa kot jalan. La ni dok di Klang, Selangor, reja planner. Sebelah dia tu anak dara dia la....sapa nak berbesan ngan dia, tepon dia cepat ....
Baju kuning ialah Mohamad b. Omar, dok di Utan Aji dan mengajar kat SMK Tunku Bendahara, Kodiang. Yang pakai lebai tu pulak Ishak b. Wahab. Dulu dia reja di Jab Penilaian di kuala Lumpur, tapi la ni dah buka syarikat sendiri kat Sungai Petani. Dia jemput la semua kawan2 pi makan kenduri menikah anak dia pada 18.11.2012 di no.15, lrg 1, Taman Dahlia Sungai Petani.
Siti Hasnah Mat Kasa. Dok di Taman Suria, Jitra dan mengajar di Sek Hakim Teh, Pulau Timbul.
Lee Ai Looi. Dok kat Taman Suria, Jitra, reja kat Kompleks Alor Setar sebagai Pelukis Pelan. 
Ni la Mohd Salleh Abidin yang Pak Ya dok habaq kata jatuh bumbong rumah tu. Tabik la Leh, dalam dok sakit pun gagah2 mai jugak nak jumpa kawan2 lama. Dia dok kat Titi Siam Alor Setar.
Chumbi Ahmad, dok kat Alor Gunong, suri rumah sepenuh masa, baru saja terima menantu bulan Mei lalu.
Azizah Din, dok kat Kg. Binjal. Suri rumah sepenuh masa.
Zadurah, Siti Mazlina, Chumbi dan Wan Jamilah.
Berbaju biru ialah Azizan Hassan, kita panggil dia Awang Dann, la dok di Kg Chegar dan reja sendiri. Hak tengah tu pulak Jasni Romli, tokey Syarikat Abad Sentosa yang dok buat rumah. Sapa yang nak beli rumah pi cari dia. Dulu Pak Ya dok panggil Jasin kat dia tiru stail Cikgu Mohd Tahir yang dok mengajar matematik.
Berbaju jalur ialah suami Hasnah Kasim. Berbaju batik ialah Redzuan Ahmad. Dok di Kg. Pulau Pak Ubin dan mengajar kat Sek Men Keb Tunku Bendahara, Kodiang.. Sebelah Redzuan ialah Ayob Yahaya, dok kat Kg. Telok Tenggiri. Dia ni dah jadi tokey ayam daging. Sebelah Ayob berbaju belang puteh ialah Shariff Ismail, dok kat Taman Tengku Maheran, Jitra dan reja kat TNB. Shariff ni adalah Pak Ya punya biras, dia ambik adik, Pak Ya ambik kakak,....
Berbaju batik ialah Abdul Rahman Ismail, dok mengajar  di Sek Men Keb Arau, Perlis. Hak pakai cermin mata pulak, Mohd Radzi Mahamad, dok di Taman Tunku Sarina, Jitra dan reja kat Jab Perhubungan Perusahaan Kedah/Perlis di Anak Bukit
Jeng ! jeng ! kedatangan crook SMPN. Yang berkaca mata hitam tu nama dia Zulkifli Haji Abd Razak dok buat bisnes di Pulau Pisang. Yang sorang lagi tu Azhar Mat ataupun nama glamour dia Atan. Atan dulu dok meniaga ayam, la ni dok reja dengan Ruslin Iklan.
Hak ni nama dia Pak Ya, he .. he.. kena jadi pengacara majlis ari tu...
Siti Maryam, Ishak dan Mohd Salleh.
Orang kuat reunion, Mohamad Jamili Che Nor. Dulu reja ngan JKR, la ni reja kat Pejabat Daerah Kubang Pasu.
Shariff Ismail bersama keluarganya.
Keluarga Nordin Yahaya.

Yang ditengah ialah Roshidi Abdull, dok kat  Bandar Tasik Puteri Rawang n mengajar kat situ. Hak sebelah dia yang pakai lebai tu Pak Ya tak pasti samada Mohd Zahir atau Mohd Zaini.
Ha... ni la Dato' Ahmad Zabidi pemilik Pan Northern Air Services kat Kepala Batas Alor Setar. Dia dok mengaji sekali Pak Ya masa Sekolah Keb Tunjang, lepas tu dia pi ke Sek Men Dato' Syed Omar.
Keluarga Abdul Latif Halim.

Tan Kok Beng, Hasnah Kasim dan suaminya.

Maseetoh, Lee Ai Looi dan Azizah Din
Faridah Seman, Siti Hasnah Mat Kasa, Maseetoh dan Lee Ai Looi.

Siti Maryam Saad, dok di Bandar Baru Selayang, reja kat Suruhanjaya Syarikat Malaysia


Abdul Latif Halim, dok di Taman Suria, Jitra reja sebagai Timbalan Pengarah POLIMAS, Jitra.
Berbaju petak ditengah ialah Megat Hashirat Hassan, Pak Ya tak tau reja kat mana dan dok dimana.





Jamilah Hussin, dok di Taman Tunku Sarina, Jitra, reja sebagai Supervisor PLUS.
Hasnah Kasim, dok kat Taman Cermai, Jitra, mengajar kat Sek Keb Pulau Nyior.
Ramli Md Isa, dok kat Kuala Sungai, mengajar kat Sek Keb Seri Perdana, Mergong
Azizah Ismail, dok kat  Taman Suria, mengajar kat Sek Keb Pulau Chapa, Sungai Korok. Sekali tengok macam Cikgu Barishah Saad yang mengajar Pak Ya masa di Sekolah Tunjang dulu.
Wan Jamilah Wan Baharom, dok kat Taman Ria Jaya, Sungai Petani. Dulu reja, la ni berenti dah....
Maseetoh Hashim, dok kat Taman Bunga Raya, Jitra, mengajar kat Sek Keb Jitra.
Nordin Yahaya dan Mohd Salleh Abidin

Tepung pelita kueh lama
Banyak terdapat di Padang Lalang
Walau pun kita berpisah pula
Dalam ingatan tak akan hilang

Pisau lipat telah diasah
Jatuh hilang di sawah padi
Jarak tempat bukan pemisah
Harap hubungan kekal abadi

Kebaya Nyonya habis basah
Kerana tertumpah air minuman
Sedih rasanya untuk berpisah
Tapi itulah lumrah pertemuan.

InsyaAllah lain-lain gambar akan dimuatkan apabila mendapat daripada kawan-kawan.

Ahad, 19 Ogos 2012

BERITA KEMALANGAN

Salam, dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang kawan lama kita, Zaid b. Othman telah mengalami kemalangan jalanraya pada 14 Ogos 2012 lalu di Perlis. Zaid ni dulu kita panggil Zaid Pendek, ala yang duduk di Padang Limau tu...

Pak Ya sebenarnya pada 13 Ogos 2012, sehari sebelum dia kemalangan ada berjumpa dengan dia masa pi Nat Sungai Korok, tapi tak perasan pun kot nak ada perubahan kat dia. Zaid ni dok meniaga kat nat dan pasar malam. La ni dia dah pakai serban dah...

La ni tumpang pakat dok cuti raya dan pakat balik ke kampong2, apa kata kita pakat pi ziarah dia di Hospital Kangar, Perlis. Dia la ni dok KOMA. Zaid ni tak pakai handset, mau kalau nak tau berita dan perkembangan dia hampa try telefon Wan Jamilah Wan Baharom yang nombor tel dia ada kat tepi sebelah kanan blog ni, pasai Wan Jamilah dok dekat dgn rumah dia.

Ahad, 12 Ogos 2012

MAJLIS PERJUMPAAN KEMBALI BEKAS PELAJAR SMPN 1975 - 1979

Salam dan Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir Batin.

Sukacita dimaklumkan bahawa majlis reunion ini akan diadakan pada ketetapan berikut :

TARIKH : 22 OGOS 2012, RABU.
MASA : 3.00 PETANG.
TEMPAT : HOTEL BUSTANI, JITRA KEDAH.

Sehubungan dengan itu anda semua berserta ahli keluarga adalah dijemput hadir. Sila maklumkan pengesahan kehadiran anda kepada En. Mohd Jamili di talian 012-5635062 / 010-6306462 atau Pak Ya 019-4426884. Pengesahan adalah penting dan dengan kadar segera. Makanan akan disponsor oleh Dato' Ahmad Zabidi Md. Zain.

Tolong panjangkan dan maklumkan program ini kepada kawan-kawan kita.

Buat pertama kalinya kita semua dapat bersatu setelah lebih 33 tahun terpisah.

PRA MAJLIS PERJUMPAAN KEMBALI

Dato' Ahmad Zabidi Md. Zain.
Pada 11 Ogos 2012, Pak Ya dan beberapa orang kawan lama telah berjumpa bagi membincangkan majlis perjumpaan semula yang dijadualkan pada 22 Ogos 2012 nanti. Antara yang hadir pada malam tersebut ialah Mohd Jamili Che Noor, Abd Latif Halim, Ahmad Zabidi Md Zain, la ni dah bergelar Dato', Mohd Zaini dan Hasnah Kasim. 
Mohd Jamili Che Noor
Perjumpaan secara santai ini telah berlangsung di Inai Cafe, Jitra Kedah. Terima kasih kepada Dato' Ahmad Zabidi yang sponsor makan malam tu. Banyak perkara yang kami bincangkan seperti jumlah penyertaan, persiapan tempat dan macam mana nak hubungi kawan-kawan yang lain.
Abd Latif Halim.
Malam tu la pertama kali Pak Ya dapat tengok muka Zabidi dan Hasnah Kasim selepaih 33 taon berpisah. Tapi Pak Ya tengok tak ada apa perubahan sangat kat depa macam dulu jugak. Steady saja... Seronok sungguh sembang malam tu, pok pet pok pet dok ungkit sejarah dan cerita kawan-kawan. Dan malam tu jugak Pak Ya dapat tau yang Baharuddin Ahmad yang dok di Kampong Binjal telah kembali ke rahmatullah akibat kencing manis. 

Baharudin ni dulu kita panggil Baha Darai., mohon ampun kepada Allah dan arwah sebab terpaksa sebut gelaran ni bagi memudahkan kawan-kawan ingat. Baha ni selepaih sekolah dia masuk pondok mau kalu tak silap Pak ya. Selepaih tu dia jadi Tok Bilal di Masjid Kg. Gelong Rambai. Selepaih tu Pak Ya tak dengar lagi cerita dia hanya malam tu saja yang tau kata dia dah kembali ke rahmatullah....

Marilah kita sedekahkan Al-Fatehah kepada roh beliau, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.....

BERSAMBUNG........