TINGKATAN 1A 1975.

Isnin, 6 Ogos 2012

SALAM RINDU DI BULAN RAMADHAN KAREEM

Assalamualaikom, Selamat berpuasa kepada semua bekas pelajar Sek Men Pulau Nyior, Jitra, Kedah dari tahun 1975 hingga 1979.

Ish, lama sungguh Pak Ya tak jumpa hampa semua. Iyalah, selepas semua pakat keluar dari Pulau Nyior bila habis ambil SPM tahun 1979. Ada dikalangan kita yang masuk Tingkatan 6 di Sek Men Jitra, ada yang terus masuk Maktab dan pelbagai agensi lagi.

Selepas tu, Pak Ya tak pernah jumpa lagi geng-geng lama ni. Hanya beberapa orang saja yang Pak Ya jumpa, tu pun yang dok MELEWAR kot area Alor Setar, Jitra dan Kodiang saja bila sesekali terjeromoh kot kedai atau jalan.

Tapi Alhamdulillah, pada bulan Ramadhan 1433H tahun ini Allah Taala telah membuka ruang untuk kita semua berjumpa kembali setelah lebih 30 tahun terpisah, bila Mohd Jamili b. Che Noor yang bertugas di Pejabat Daerah Kubang Pasu telah menghubungi Pak Ya menyatakan hajat beliau untuk membuat reunion kawan-kawan lama semenjak dari Sek Keb Tunjang hingga Sek Men Pulau Nyior. Rupanya dia banyak info kawan-kawan lama kita. Pak Ya pun memang lama dok pendam rasa nak jumpa atau buat reunion balik dengan kawan-kawan lama bila tengok dalam blog-blog yang dok buat reunion ni, tapi tak tau nak contact macam mana. ...

Pada hari Jumaat 3 Ogos 2012 lalu, selepas sembahyang Jumaat, Pak Ya terus ke Jitra, rumah Mohd Jamili Che Nor, disana kami dengan Abd Latif Halim pun berbincang dan bertukar maklumat bagaimana nak adakan reunion ini. Keputusan awalnya kami mencadangkan agar majlis reunion ini diadakan pada hari Rabu, 22 Ogos 2012, jam 10.00 pagi di Dewan Taman Damai Jaya, dekat Hospital Jitra iaitu kawasan perumahan Jamili Che Noor. La ni kalau anda semua ada maklumat kawan-kawan kita di SMPN dari tahun 1975 hingga 1979, tak kira la dari kelas mana, hampa bagitau depa kata kita nak buat reunion atau maklumkan kat Pak Ya di 019-4426884.

Tapi jika ada perubahan tarikh, tempat dan masa, InsyaAllah akan dimaklumkan nanti, sebab ramai geng kita bila dihubungi oleh Mohd Jamili memaklumkan hasrat menyertai reunion ini dan ada pula dikalangan geng kita dulu yang dah jadi korporat, dah taraf jutawan dah ni. Haa.. mungkin depa boleh sponsor majlis ini dan dibuat secara lebih grand.

Pak Ya pun secara peribadi memang dah tak sabar nak jumpa dan bersembang dengan geng-geng lama ni. Dok teringat lagi masa kisah budak-budak dulu. Pakat berkelahi, bertumbok hang aku, curi pen dan pensil kawan dan macam-macam kelaku orang kata. Macam mana la agaknya rupa hampa semua. Ramai yang dah beranak pinak, ramai yang dah boleh cucu, ramai yang dah bercerai berai ka apa dan tak tahu pula jika ada yang dah menyahut panggilan Ilahi.

Pak Ya ada juga dok jumpa dua tiga orang geng lama yang dah beruban rambut, yang dah tak ada gigi. Pak Ya pulak rambut tak beruban lagi, tapi dahi dah berdonga dah, gigi pulak dah tinggai berapa batang saja lagi, tapi jalan masih maintain macam dulu, he..he..he... Bini baru sorang dan anak pun baru lima, 3 lelaki 2 perempuan. Alamat Pak Ya - 201, Taman Utama, Jalan Gangsa, Mergong,Alor Setar, tak jauh dengan INSANIAH, MAHKAMAH, STADIUM SULTAN ABD HALIM, MARKET BORONG dan TERMINAL BAS SHAHAB PERDANA. Lagi satu blog Pak Ya hampa buka di http://krttmnutama.blogspot.com.

Dikesempatan ini Pak Ya nak maklum pada kawan-kawan, salah seorang kawan kita iaitu Salleh b. Abidin ( Leh Bidin ) yang dok di Megat Dewa dulu sedang dalam keuzuran sekarang. Dia mendapat kemalangan pada bulan Jun 2012 apabila terjatuh dari bumbong rumah menyebabkan tangan beliau patah 4, manakala tengkok dan kepala beliau mengalami cedera yang agak serius. Pak Ya sempat menziarahi beliau di Hospital Sultanah Bahiyah beberapa hari selepas kemalangan tersebut. Kini beliau berada di kampong untuk berubat cara kampong. Kalau nak tahu keadaannya hubungi beliau di 017-5265153.

Hanya sekadar ini info dari Pak Ya, InsyaAllah sebarang perkembangan semasa sila hubungi Pak Ya atau Mohd Jamili. SEMOGA ANDA SEMUA DAPAT HADIR DALAM REUNION NANTI.

4 ulasan:

  1. Salam Ramadhan Al Mubaraq buat semua kawan-kawan SMPN yg masih mengingati saya.Noor Azni Ahmad.Syukur Alhamdulillah kiranya di bulan berkat ini Allah pertemukan kembali kekawan lama yang entah kemana membawa haluan masing-masing.Semoga hubungan silaturrahim akan kembali menjadi milik kita seterusnya.Trima kasih pada PakYa yg memulakan pencarian ini.semoga Allah berikan keRahmatan untuknya.Sebenarnya saya sendiri dah lama tercari-cari kawan-kawan lama..tapi saya x jumpa sesiapa kecuali bertanya kabar kepada Mat Ani(Mohd Zaini Zainol Abidin),Mat Ani banyak gak info dia mengenai kekawan kita.Memang rindu nak jumpa..nak bertanya kabar tapi saya sendiri pun dah x kenal lagi kalo tak di sapa!..dah tue sangat rasanya..tuu gambar yg Pak Ya sertakan pun saya cari gambar sendiri pun saya x jumpa! ha.ha..mmg banyak yg saya dah lupa..macammana pun saya doakan semoga pencarian Pak Ya dan Jamili akan berhasil dgn izin Allah.Okay lah semoga dapat bertemu lagi hubungi saya di talian 013 4355545.Wassalam.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Salam.pembetulan no telefon saya 0165534374 bkan sprti yg d tulis dlm blog ini.jmpa lg

    BalasPadam
  4. Assalamualikum, terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih kpd Sdr. Pak Ya dan Sdr.Jamili atas daya usaha menganjur majlis pertemuan x-smpn 75-79.InsyaAllah jika tiada aral kita jumpa disana. Saya boleh duhubungi juga melalui facebook :papa razzi

    BalasPadam