TINGKATAN 1A 1975.

Ahad, 12 Ogos 2012

PRA MAJLIS PERJUMPAAN KEMBALI

Dato' Ahmad Zabidi Md. Zain.
Pada 11 Ogos 2012, Pak Ya dan beberapa orang kawan lama telah berjumpa bagi membincangkan majlis perjumpaan semula yang dijadualkan pada 22 Ogos 2012 nanti. Antara yang hadir pada malam tersebut ialah Mohd Jamili Che Noor, Abd Latif Halim, Ahmad Zabidi Md Zain, la ni dah bergelar Dato', Mohd Zaini dan Hasnah Kasim. 
Mohd Jamili Che Noor
Perjumpaan secara santai ini telah berlangsung di Inai Cafe, Jitra Kedah. Terima kasih kepada Dato' Ahmad Zabidi yang sponsor makan malam tu. Banyak perkara yang kami bincangkan seperti jumlah penyertaan, persiapan tempat dan macam mana nak hubungi kawan-kawan yang lain.
Abd Latif Halim.
Malam tu la pertama kali Pak Ya dapat tengok muka Zabidi dan Hasnah Kasim selepaih 33 taon berpisah. Tapi Pak Ya tengok tak ada apa perubahan sangat kat depa macam dulu jugak. Steady saja... Seronok sungguh sembang malam tu, pok pet pok pet dok ungkit sejarah dan cerita kawan-kawan. Dan malam tu jugak Pak Ya dapat tau yang Baharuddin Ahmad yang dok di Kampong Binjal telah kembali ke rahmatullah akibat kencing manis. 

Baharudin ni dulu kita panggil Baha Darai., mohon ampun kepada Allah dan arwah sebab terpaksa sebut gelaran ni bagi memudahkan kawan-kawan ingat. Baha ni selepaih sekolah dia masuk pondok mau kalu tak silap Pak ya. Selepaih tu dia jadi Tok Bilal di Masjid Kg. Gelong Rambai. Selepaih tu Pak Ya tak dengar lagi cerita dia hanya malam tu saja yang tau kata dia dah kembali ke rahmatullah....

Marilah kita sedekahkan Al-Fatehah kepada roh beliau, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.....

BERSAMBUNG........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan