TINGKATAN 1A 1975.

Jumaat, 2 Ogos 2013

** PERJUMPAAN HARI RAYA 1434H **


Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin daripada Pak Ya dan keluarga kepada semua rakan-rakan.

Sukacita dimaklumkan bahawa majlis perjumpaan hari raya buat kali ke 2 akan diadakan pada 10.8.2013, iaitu hari Sabtu mulai jam 3.00 hngga 6.00 petang. Kepada yang tinggal area dekat2 SMPN, dijemput pergi pada jam 9.00 pagi untuk kita setup kerusi meja.

Pada 1.8.2013, Pak Ya dan Mohd Jamili telah pergi ke SMPN berjumpa dengan Pengetua sekolah. Alhamdulillah kebenaran telah diperolehi untuk kita semua guna dewan sekolah.

Yang nak hulur sumbangan untuk majis ni boleh la bank in sumbangan hampa di akaun Bank Islam - 02011020652054.

Hari tu hampa bawa la sekali apa yang hampa nak bawa sama, macam kueh ka, buah ka dll. Yang dok baca blog ni, hampa tolong habaq kat kawan2 sama no. Jangan lupa bawa keluarga sekali....




Pengetua SMPN sekarang, iaitu Pn. Siti Aishah, bersama penolongnya

Pejabat SMPN.

Dewan SMPN, tempat kita nak berjumpa.

Bahagian dalam dewan.




Lokasi yang kita ambil gambar tahun 1975, seperti di atas tu, yang lelaki masih pakai seluar pendek lagi.


Yang ni blok yang kita mengaji tingkatan satu.


Ni blok masa mengaji tingkatan 3, yang atas pejabat lama...

Dewan SMPN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan