TINGKATAN 1A 1975.

Rabu, 14 Ogos 2013

PERGI TAK KEMBALI

Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat lama kita Zaid b. Othman telah kembali ke rahmatullah pada pagi Rabu, 14.8.2013 setelah koma selama setahun.

Pada seminggu awal Ramadhan 2012 beliau koma setelah mengalami kemalangan jalanraya, pada awal Syawal 2013, Allah telah menjemput beliau kembali kepadaNya.

Pak Ya sempat menziarahi dan sembahyang jenazahnya bersama Mohd Jamili Che Nor dan Abd Latif Halim pada jam 11.00 pagi. Kami turut berbincang dan mengambil keputusan menderma RM100.00 baki majlis reunion pada 10.8.2013 lalu kepada keluarga Allahyarham.

Marilah kita bersama-sama membaca Al-Fatehah dan 11 kali Al-Ikhlas kepada arwah dan berdoa semoga roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.





Jenazah Zaid dimuat ke dalam van untuk dibawa ke tanah perkuburan di Kg. Padang Limau.





Selesai sembahyang jenazah, kami singgah di Tunjang untuk minum dan pekena roti canai. Di sini kami berjumpa dengan  2 orang kawan lama kita yang tinggal di Pulau Timbul, iaitu Zahari dan Shukri.
 
Zahari b. Halim. Akan mengadakan majlis perkahwinan anak angkatnya pada 31.8.2013 nanti.

Shukri b. Ahmad. Masih belum kahwin lagi..... belum bertemu calun katanya.         


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan